'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah
S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai
di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan
menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan
Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada
kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah bermohon kepada Allah
S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua
perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan
umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini
diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan
kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama
Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh
antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama sendiri,
orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita
melihatnya ?
Tidak ada komentar:
Posting Komentar